Malaysia vs Hongkong

Skuad bola sepak negara kekal reputasi jagoan Asia Tenggara


PEMAIN Malaysia Mohd Asraruddin Putra Omar  (kiri)  dicabar pemain Hong Kong Lo Kwan Yee pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi.


SKUAD kendalian K Rajagobal memastikan gelaran juara Asia Tenggara bukan diperoleh secara nasib apabila meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Hong Kong 2-0 hasil jaringan kapten pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 dan Mohd Amirulhadi Zainal (m90).

Malaysia yang berada tiga anak tangga di atas lawannya itu dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) - Malaysia di tangga ke 140, Hong Kong 143 - memastikan reputasi sebagai juara Sukan SEA dan Piala Suzuki AFF tidak tercalar pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi.Pada babak pertama, Malaysia lebih tenang mengawal permainan dengan barisan tengah dikemudi Safiq, beberapa kali berjaya membuat umpanan cantik kepada jentera serangan, Mohd Safee Sali dan Ahmad Fakri Saarani.
Rembatan Safee pada minit ke-13, berjaya ditepis Yap Hung Fai dan terkena tiang. Minit ke-24, Fakri pula hampir menewaskan kubu terakhir Hong Kong, tetapi tandukannya sedikit tersasar.

Seminit sebelum rehat, kapten negara akhirnya melunaskan tanggungjawab membuka jaringan dengan memperdaya tiga pertahanan lawan sebelum merembat melepasi Hung Fai untuk menamatkan babak pertama dengan kedudukan 1-0.

Minit ke 53 dan 58, Rajagobal memasukkan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Farizal Marlias menggantikan Fakri di jentera serangan dan Khairul Fahmi Che Mat di kubu terakhir. Malaysia terus mengawal permainan tetapi gagal menambah jaringan.

Dua lagi pertukaran dilakukan Rajagobal pada minit ke-64, memasukkan Amirulhadi dan Mohd Sabre Mat Abu, dan mengeluarkan Mohd Ashaari Samsuddin serta Mahali Jasuli. Malaysia hampir menambah jaringan menerusi tendangan percuma yang ditolak Safiq kepada Aidil, tetapi rembatan pemain pertahanan itu sedikit tersasar. 
Peluang negara menggandakan jaringan sekali lagi dinafikan apabila rembatan Kunanlan dalam kotak penalti terkena palang gol pada minit ke-80. Selang tiga minit, sepakan percuma Safiq dari luar kotak penalti terkena benteng Hong Kong. Amirulhadi melengkapkan kemenangan 2-0 negara selepas melepasi perangkap ofsaid Hong Kong dan mudah menewaskan Hung Fai. 

(sumber: bharian 10/2/2010)

2 comments

emieysandra | February 10, 2011 at 10:41 AM

pasni buat Malaysia ke US lak..meletop gak tajuk tu :D

ruby bieha | February 10, 2011 at 10:53 AM

bereh

Attention!


How to order?
  • Please fill in the order form which is situated at the above of this page

  • Do wait for our respond upon confirmation for your order availability, insyaAllah we will reply to you within 24 hours and provide you the details on the bank account no. After you receive our confirmation mail, you may proceed to do the payment.


  • Payment need to be done within 24 hours after reservation. After you have make your payment, please reply back to us for the payment details as per below:


  • -Bank, Date, Time, Amount

    -Attachment of slip or receipt (please take a picture or scan)

    **If you're using online banking such as Maybank2u or others, please put fadzlinabiha90@gmail.com on the recipient's mail.

  • Postage will only be done on:

    Every Monday - Friday

    Please inform us once you've receive your parcel. If you do not receive your parcel more than 2-3 days, kindly let us know and we will provide you the tracking number.

    **Note: Please kindly ensure you provide to us the correct address, we will not take any responsibility if your parcel does not arrive to you due to the wrong address given.

  • Terms and Conditions

  • First come, first serve.


  • For those who have make reservation and want to cancel the order, please inform us earlier. We only deal with serious buyer. Reservation is allow only for 24 hours, we will immediately terminate your order after 24 hours if we do not receive any feedback from you.


  • Goods sold are not returnable or exchangeable except for torn/rip-off items. We will only accept within 3 days from the day you receive the items, with conditions items are still new and never being worn.


  • Free gift will be given for those who spend RM150 and above.


  • Luvly :)

    ruby bieha

Order form

Select One
Name:
Email Address:
H/p Number
Adress
Item code
Quantity
Payment Methods
State/Region
Payment will be made
I agree with all the terms and condition Yes No
Click here to create your own form.
m
e
s
s
a
g
e