Bintang Klasik

Kenapa ngan bintang klasik??? 
saje nk kongsi ngan korang pasal Bintang Klasik RTM 2010.. 
ade kne mengena ke ngan Ruby..ade alh ckit.. nk tahu knp???
 sebabnye juara bg pihak perempuan dlm bintang Klasik ni kenalan ruby..
dia penuntut kt tempat ruby study a.k.a junior ruby..
 ok meh tgk story die skit


Shaidatul, Danie juara Bintang Klasik Nasional
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
bhnews@bharian.com.my
2010/11/30

Kedua-duanya meraih hadiah wang tunai RM15,000 

TUAH berpihak kepada peserta Melaka, Shaidatul Nadira Shaharum, 20 dan Danie Hasbullah Mohd Razi, 16 dari Selangor) apabila menjuarai kategori wanita dan lelaki dalam pertandingan akhir Bintang Klasik Nasional di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, malam Ahad lalu.Persembahan Shaidatul ternyata mempersonakan penonton selain menarik perhatian juri dengan menyampaikan lagu Yang Ditunggu Tak Tiba, nyanyian asal Puan Sri Saloma, ciptaan Datuk Ahmad Nawab.Ketika ditemui, Shaidatul yang juga penuntut di Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka sudah menjangka kemenangan pada malam itu adalah miliknya. 



“Ternyata kesungguhan saya tidak sia-sia kerana berjaya dinobatkan sebagai Juara Bintang Klasik Nasional. Saya sentiasa mencari peluang untuk menonjolkan diri dalam bidang ini. Setiap kali terbabit dalam nyanyian, saya pasti mempamerkan yang terbaik. “Kemenangan ini akan dijadikan landasan untuk bergelar penyanyi dan memeriahkan lagi persada hiburan tanah air kita,” katanya yang pernah menjuarai Bintang Melakafm 2005 dan 2008, serta pemenang nyanyian kategori solo pada 2003 hingga 2007. 

Bagaimanapun, katanya, minat dalam nyanyian tidak akan sesekali mematahkan semangatnya untuk bergelar guru. Bagi peserta termuda, Danie Hasbullah yang menyampaikan lagu Jauh-Jauh menyifatkan kejayaannya itu di luar jangkaan kerana menerima saingan sengit daripada peserta yang mengambil bahagian. “Saya menerima sokongan sepenuhnya daripada keluarga dan kemenangan ini adalah hadiah untuk mereka. Selepas ini, saya ingin menyertai sebanyak mungkin pertandingan nyanyian untuk menimba pengalaman sebelum bergelar penyanyi dan merakamkan album sendiri,” katanya. Kemenangan itu membolehkan Shaidatul Nadira dan Danie Hasbullah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta trofi dan sijil penyertaan. Saingan tempat kedua dimenangi peserta Perak, Fitri hakim Omar Walid, 17 yang menyampaikan lagu Tiada Esok dan membawa pulang wang tunai RM10,000, beserta trofi dan sijil penyertaan. Tempat ketiga milik peserta Sabah, Fazrul Misran, 24, menyampaikan lagu Hanya Bintang-Bintang, menerima RM5,000. 

Manakala naib juara perempuan, Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin, 21 (Kasih Hilang Sekejap) dan ketiga, Norakmazulaika Abd Khalid, 19 (Perpisahan). Hadiah peserta kategori wanita sama dengan hadiah diterima oleh peserta lelaki. Hadiah disampaikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais. Pertandingan anjuran stesen radio, Klasik Nasional di bawah naungan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini, membabitkan 12 peserta yang berjaya dicungkil daripada peringkat saringan sejak Mac hingga Mei lalu. Turut bersaing dalam pertandingan akhir itu, ialah Hasfareza Harun, ang menyanyikan lagu Air Mata Di Kuala Lumpur; Muhammad Fadzli Abdul Wahab (Malam Terakhir); Siti Nirzawati Mohd Shom (Kekasih Pujaan); Syamsul Nizam Ali (Berikanlah Sinarmu); Merazan Mechang (Jika Ku Tahu) dan Florence Lo (Kini Hatiku Telah Tertawan). Persembahan semua peserta diadili Datuk Johari Salleh, Aishah, Datuk Ahmad Nawab, Fauzi Marzuki dan Datuk Mokhzani Ismail, selaku Ketua Juri. 

Penonton turut dibawa mengimbau lagu nostalgia menerusi persembahan daripada Liza Aziz, Latiff Ibrahim, Anis Salwa Alaudin dan Muhaizam Ahmad (Bintang Klasik Nasional 2007), Sabihah Abdul Wahid dan Azwan Sahdi (Bintang Klasik Nasional 2008), Norzarina Nordin dan Azizul Haqim Md Anuar (Bintang Klasik Nasional 2009), Emily dan Lakshman (Bintang Ai Minnal 2010). 


ok benda ni ruby copy paste dr bharian on9... korg nk tau lebih lanjut leh klik sini 
tengok gmbo skit:
:
:
sory xbpe terang..just gune hp..


4 comments

emieysandra | November 30, 2010 at 2:24 PM

shai ke tu?
tahniah pada die..
tumpang bangga..ehehe ;)

platipus | November 30, 2010 at 9:12 PM

mcm kenal..aik

ruby bieha | November 30, 2010 at 10:21 PM

emiey: yup bangga2..huhu

ruby bieha | November 30, 2010 at 10:22 PM

tipus: ko ni pntg nmpk pompuan cntik semua knl

Attention!


How to order?
  • Please fill in the order form which is situated at the above of this page

  • Do wait for our respond upon confirmation for your order availability, insyaAllah we will reply to you within 24 hours and provide you the details on the bank account no. After you receive our confirmation mail, you may proceed to do the payment.


  • Payment need to be done within 24 hours after reservation. After you have make your payment, please reply back to us for the payment details as per below:


  • -Bank, Date, Time, Amount

    -Attachment of slip or receipt (please take a picture or scan)

    **If you're using online banking such as Maybank2u or others, please put fadzlinabiha90@gmail.com on the recipient's mail.

  • Postage will only be done on:

    Every Monday - Friday

    Please inform us once you've receive your parcel. If you do not receive your parcel more than 2-3 days, kindly let us know and we will provide you the tracking number.

    **Note: Please kindly ensure you provide to us the correct address, we will not take any responsibility if your parcel does not arrive to you due to the wrong address given.

  • Terms and Conditions

  • First come, first serve.


  • For those who have make reservation and want to cancel the order, please inform us earlier. We only deal with serious buyer. Reservation is allow only for 24 hours, we will immediately terminate your order after 24 hours if we do not receive any feedback from you.


  • Goods sold are not returnable or exchangeable except for torn/rip-off items. We will only accept within 3 days from the day you receive the items, with conditions items are still new and never being worn.


  • Free gift will be given for those who spend RM150 and above.


  • Luvly :)

    ruby bieha

Order form

Select One
Name:
Email Address:
H/p Number
Adress
Item code
Quantity
Payment Methods
State/Region
Payment will be made
I agree with all the terms and condition Yes No
Click here to create your own form.
m
e
s
s
a
g
e