1) Komputer dengan perisian yang bersesuaian dengan tahap murid 2) Penggunaan video · Tujuan penggunaan Digunakan untuk menarik minat murid dan bersedia untuk terus mengikuti pengajaran . Sebagai langkah bagi murid cepat untuk menghafal doa yang dipaparkan. Bukan itu sahaja ia
· Cara penggunaan Bahan ini digunakan dengan sokongan komputer dan projektor (LCD).
· Bagaimana penghasilannya? video yang digunakan merupakan video yang telah dimuat turun daripada internet.
3) Penggunaan bahan 2-Dimensi (2D)
· Tujuan penggunaan Merupakan kad imbasan yang digunakan untuk memudahkan murid memahami beza antara jenis kenderaan dan membaca suku kata. Penggunaannya lebih jelas dan menarik jika dibandingkan dengan cara guru menulis suku kata di papan hitam.
· Cara penggunaan Guru menampal kad imbasan pada papan hitam dan mengarahkan murid mengeja suku kata yang dipamerkan.
· Bagaimana penghasilannya? Bahan 2D ini dihasilkan dengan mencetak gambar pada kertas putih lalu diwarnakan sebelum ditampal atas kertas keras untuk mengukuhkannya.
4) Penggunaan audio · Tujuan penggunaan Untuk menarik minat dan kepekaan murid
· Cara penggunaan Memainkan dalam slaid power point
· Bagaimana penghasilannya? Merakam suara dengan menggunakan perisian Audacity.
5) Penggunaan MS Power Point
· Tujuan penggunaan Menyediakan cara penyampaian pengajaran yang lebih menarik. Guru tidak menggunakan sepenuhnya pengajaran menggunakan papan putih bagi mendedahkan murid dengan penggunaan ICT
· Cara penggunaan Media digunakan secara seluruh di kelas semasa menjalankan aktiviti.
· Bagaimana penghasilannya? Menggabungkan animasi, gambar, video dan audio.
6) Penggunaan MS Word
· Tujuan penggunaan Sebagai tugasan kepada murid selepas sesi pengajaran menggunakan slaid power point
· Cara penggunaan Murid-murid akan menjawab latihan apabila mereka klik simbol latihan di slaid
· Bagaimana penghasilan Latihan yang dihasilkan adalah berkaitan dengan pengajaran pada hari tersebut
|