Kongsi ilmu
Model ASSURE
Kelas: Prasekolah Al-Falah
Tarikh: 21 September 2010
Masa: 10.00pagi -11.00 pagi
Bil pelajar: 18 orang
Tema: Kenderaan
Tunjang utama: Bahasa Melayu
Analyze Learners ( Analisis Pelajar) |
1. 18 orang murid 2. 10 lelaki /8 perempuan 3. Umur 5-6 tahun 4. Murid-murid terdiri daripada murid yang sederhana serdas dari segi mental, tidak mengalami masalah social serta tiada masalah kecacatan fizikal. 5. Mereka berasal daripada keluarga yang sederhana. 6. Murid pernah membaca suku kata KV + KV 7. Pembelajaran adalah berpusat murid 8. Kaedah pengajaran ( Anggaran peratus dari pelajar) - Pembelajaran visual sebanyak 35% - Gaya pembelajaran auditori sebanyak 25% - Gaya pembelajaran kinestetik sebanyak 40% |
State Objectives - ( Tentukan Objektif) |
Pada akhir pengajaran ini, murid dapat: 1. Mengenal suku kata dan menyebutnya dengan betul 2. Mengenal perbezaan antara kenderaan laut, darat dan udara 3. Mengisi tempat kosong suku kata berdasarkan kepada beberapa jenis gambar kenderaan yang dipamerkan |
Select Media, Materials, and Methods - (Pilih media, kaedah dan bahan) |
1) Komputer dengan perisian yang bersesuaian dengan tahap murid 2) Penggunaan video · Tujuan penggunaan Digunakan untuk menarik minat murid dan bersedia untuk terus mengikuti pengajaran . Sebagai langkah bagi murid cepat untuk menghafal doa yang dipaparkan. Bukan itu sahaja ia · Cara penggunaan Bahan ini digunakan dengan sokongan komputer dan projektor (LCD). · Bagaimana penghasilannya? video yang digunakan merupakan video yang telah dimuat turun daripada internet. 3) Penggunaan bahan 2-Dimensi (2D) · Tujuan penggunaan Merupakan kad imbasan yang digunakan untuk memudahkan murid memahami beza antara jenis kenderaan dan membaca suku kata. Penggunaannya lebih jelas dan menarik jika dibandingkan dengan cara guru menulis suku kata di papan hitam. · Cara penggunaan Guru menampal kad imbasan pada papan hitam dan mengarahkan murid mengeja suku kata yang dipamerkan. · Bagaimana penghasilannya? Bahan 2D ini dihasilkan dengan mencetak gambar pada kertas putih lalu diwarnakan sebelum ditampal atas kertas keras untuk mengukuhkannya. 4) Penggunaan audio · Tujuan penggunaan Untuk menarik minat dan kepekaan murid · Cara penggunaan Memainkan dalam slaid power point · Bagaimana penghasilannya? Merakam suara dengan menggunakan perisian Audacity. 5) Penggunaan MS Power Point · Tujuan penggunaan Menyediakan cara penyampaian pengajaran yang lebih menarik. Guru tidak menggunakan sepenuhnya pengajaran menggunakan papan putih bagi mendedahkan murid dengan penggunaan ICT · Cara penggunaan Media digunakan secara seluruh di kelas semasa menjalankan aktiviti. · Bagaimana penghasilannya? Menggabungkan animasi, gambar, video dan audio. 6) Penggunaan MS Word · Tujuan penggunaan Sebagai tugasan kepada murid selepas sesi pengajaran menggunakan slaid power point · Cara penggunaan Murid-murid akan menjawab latihan apabila mereka klik simbol latihan di slaid · Bagaimana penghasilan Latihan yang dihasilkan adalah berkaitan dengan pengajaran pada hari tersebut |
Utilize Media, Materials, and Methods |
1) Bahan video · Video akan dipancarkan dengan bantuan projektor dan pembesar suara supaya murid dapat melihat dan mendengar dengan jelas. 2) Bahan 2-Dimensi (2D) · Bahan 2D akan dipertontonkan kepada murid semasa guru memperkenalkan murid dengan jenis kenderaan dan suku kata 3) Bahan audio · Audio dimainkan sewaktu murid belajar suku kata 4) Bahan MS Power Point · Dipersembahkan untuk memperkenalkan murid dengan jenis kenderaan dan cara sebutan serta ejaannya dan menyelesaikan latihan yang telah disediakan oleh guru 5) Bahan MS Word · Latihan latih tubi dihasilkan apabila murid selesai mengenali jenis kenderaan dan murid akan menyelesaikannya sebelum guru menyemaknya. |
Require Learner Participation |
Set induksi 1) Murid diminta berkumpul di ruang perbualan pagi (circle time) 2) Guru masuk ke ruang perbualan pagi sambil memakai topeng kereta dan mengayakan aksi memandu 3) Guru meminta murid membuat banding beza gambar di power point Langkah 1 1) Guru menunjukkan beberapa kenderaan mainan masa kini 2) Guru menunjuk gambar-gambar kenderaan dengan kad imbasan 3) Guru mengajar suku kata setiap gambar kenderaan 4) Guru menarik perhatian pelajar belajar suku kata dengan menggunakan power point 5) Guru mengajar suku kata hingga murid mahir mengeja dan mengenal huruf. Langkah 2 1) Guru menayangkan video berkaitan kenderaan: · Video kenderaan darat, laut dan udara · Video menaiki kenderaan · Video nyanyian 2) Guru mengajar bacaan doa menaiki kenderaan · Guru mengeluarkan carta bacaan doa · Guru baca dan murid ikut · Murid menghafal berulang kali Langkah 3 1) Guru mengarahkan murid melakukan latihan di power point sebagai pengukuhan 2) Lembaran kerja diedarkan kepada setiap murid 3) Murid dikehendaki menghantar lembaran kerja untuk disemak guru. Penutup 1) Murid menyanyi mengikut video dalam power point. 2) Guru membuat rumusan dengan bertanya soalan dan mengingatkan murid supaya membaca doa apabila naik kenderaan seperti yang telah dipelajari. |
Evaluate & Revise ( Penilaian dan revise ) |
Prestasi murid Murid akan dinilai melalui kerjasama antara murid denagn murid dan murid dengan guru. Bukan itu sahaja, murid turut dinilai dengan melihat hasil kerja murid yang telah diberikan kepadanya Keberkesanan media · Adakah slaid power point membantu guru mengajar menyampai isi penagjaran kepada murid? · Adakah media yang digunakan sepereti video dapat menarik minat dan perhatian murid? · Adakah latihan yang disediakan guru mencabar minda murid? · Adakah latihan menggunakan computer yang diberikan kepada murid berjalan lancar? Persembahan guru · Adakah pengajaran berjalan lancar seperti yang dirancang? · Adakah objektif pengajaran tercapai? · Adakah pengajaran yang disampaikan mendapat maklum balas baik murid? · Adakah pengajaran mampu meningkatkan daya pemikiran murid? · Adakah proses pengajaran dan pembelajarn yang dijalankan memerlukan penambahbaikan? |
Reply to this post
Post a Comment