Master Chef cabaran ke 2~ Ayam Percik
Menu arini yang diketengah di Master chef@ rumah ruby ialah AYAM PERCIK
grrrrrrrrr so yummy2..dapatlah masak sebelum ruby balik hostel esokkan
so x yah cite panjang meh kite layan resipi ini..(resepi ibu dan anak tau @ ruby n my mom)
Ayam Percik
Bahan A
- 1 ekor Ayam cincang sederhana
- Air (paras ayam)
- 3 ulas Bawang Putih (ketukkan)
- Sebesar ibu jari Halia (ketukkan)
- Garam secukup rasa
Bahan B
- Cili Boh (semangkuk)
- Garam
- Gula
- Serai (4tangkai utk seekor ayam)
- 5ulas Bawang kecil
- 2 biji kelapa (santan pekat)
Langkah-Langkahnya
- Masukkan bahan A kedalam periuk dan rebus ayam sehingga empuk. Pastikan air separas ayam didalam periuk
2. Asingkan ayam yang telah empuk
3. Kisar serai dan bawang kecil. Bahan kisar dicampurkan kedalam santan pekat.
4. Masukkan ciliboh kedalam bancuhan tadi
5. Letakkan garam dan gula mengikut citarasa
6. belah buluh kepada dua bahgian mengikut ruas2
7. Sepitkan ayam dibuluh dan ikat
8. nyalakan arang hingga jadi bara
9. Panggangkan ayam diatas bara api sehingga kekuningan
10. Setelah itu curahkan kuah keatas ayam dan dipanggang lagi
11. No(10) di lakukan sebanyak 3 ulangan
12. Lebihan kuah dipanaskan diatas kuali sehingga sedikit pekat dan kemudian dicurahkan lagi keatas ayam lalu dipanggang untuk yang terakhi
13. Lebihan kuah itu boleh dijadikan sos semasa dimakan
mudah je kan...selamat mencuba